PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

PROSES
Skim Pinjaman Perumahan Perbandaharaan terbahgai kepada 2 iaitu:
  • SPPP
  • SPPI
SPPP ialah pinjaman secara konvensional, SPPI pula ialah pnjaman secara islam.

Syarat-syarat asas untuk membuat pinjaman:
  • Warganegara Malaysia
  • Sedang berkhidmat & berjawatan tetap
  • berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tidak bankrap/berhutang
  • borang permohonan didaftarkan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Jenis-jenis pinjaman pembiayaan:
  • Rumah telah siap
  • Membina rumah
  • Rumah dalam pembinaan
  • Membeli tanah 
  • Menebus hutang pinjaman perumahan dari bank
Pengenalan borang-borang:
    1. Borang 1-Permohonan laporan penilaian dari JPPH
    2. Borang 2-Surat setuju potongan gaji pencen / Ganjaran
    3. Borang 3-Akujanji peguam 3a @ 3 B
    4. Borang 4-Surat Penolakkan Kepentingan (DOI) dari Bank
    5. Borang 5A-Akujanji pemaju, tuan tanah dan peguam
    6. Borang6-Akujanji Pemohon Menanggung Rugi kerana membeli harta daripada penjual (individu) yang masih ada hutang bank
    7. Borang 7-Persetujuan menggadai harta oleh bukan pemohon
    8. Borang8-Senarai kerja-kerja tambahan Rumah Kos Rendah
    9. Borang9-Senarai kerja-kerja tambahan/ubahsuai
    10. Borang10(Sekunder)-Akujanji pemohon menanggung rugi
Anda boleh melayari laman web BPP  httphttp:/bpp.treasury.gov.my
Untuk pertanyaan melalui email pinjamrumah@treasury.gov.my
Telefon seksyen proses:03-88802061
fax:03-88802399

Kemudahan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
Kakitangan Kerajaan diberi 2 kali kemudahan pinjaman perumahan

  • Pinjaman Pertama - Pembelian Harta Pertama
  • Pinjaman Kedua   - Pembelian Harta Kedua ATAU Ubahsuai Rumah

TAKAFUL UNTUK PERUMAHAN
  1. GADAI JANJI
  2. PEMILIK RUMAH

Manfaat takaful gadai janji
  1. Perlindungan kematian
  2. Khairat kematian
  3. Keilatan kekal
  4. Kos perubatan
  5. Mudharabah
Pampasan tidak akan dibayar jika keilatan berpunca dari:
  1. Peperangan, penceroboh, tindakan musuh asing dan sebagainya
  2. Cubaan membunuh diri atau pengambilan minuman keras
  3. Penerbangan bukan komersial
Manfaat takaful pemilik rumah
  1. Kebakaran, kilat, halilintar atau kebakaran bawah tanah
  2. Letupan
  3. kejatuhan pesawat udara atau peralatan daripadanya
  4. Angin, hujan ribut, saiklon atau taufan dan banjir
  5. Gempa bumi atau letupan gunung berapi
Antara bencana yang tidak boleh dilindungi ialah:
  • Tanah runtuh
  • Tanah mendap

AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN

Amaun kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji hakiki semasa.

Bil
GAJI BULANAN HAKIKI (RM)
KELAYAKAN (RM)
1
6500 dan ke atas
450, 000.00
2
5500 - 6499
420, 000.00
3
4500 - 5499
400, 000.00
4
3500 - 4499
380, 000.00
5
3000 - 3499
320, 000.00
6
2500 - 2999
280, 000.00
7
2000 - 2499
255, 000.00
8
1500 - 1999
205, 000.00
9
1200 - 1499
168, 000.00
10
1000 - 1199
130, 000.00
11
800 - 999
105, 000.00
12
799 dan ke bawah
80, 000.00

   

Tiada ulasan:


Dahulunya dikenali sebagai Elam&Reny Management Services

Anda pengunjung yang ke :-

hidden hit counter