GENERAL INSURANCE (Insurans Am)

Kita sering mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda.

INSURANS AM

           Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.
Risiko yang dilindungi insurans am adalah:
  • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
  • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
  • Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
Produk yang disediakan adalah:

INSURANS MOTOR

Umumnya, terdapat tiga jenis insurans motor, iaitu, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan yang anda ada menentukan apa boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.

MEMILIH POLISI INSURANS
  • Apabila memilih insurans motor, sentiasalah:
  • Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli kenderaan tersebut.
  • Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut
  • Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain
SETAKAT MANA HARUS SAYA LINDUNGI?

Pastikan jumlah yang diinsuranskan merupakan nilai pasaran kenderaan anda dan bukan nilai lain untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans.
Anda boleh menyemak nilai pasaran kenderaan anda untuk menentukan jumlah yang perlu diinsuranskan di bawah insurans motor / takaful di www.carprices.com.my


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?

Sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan dan mempunyai perlindungan komprehensif, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Kedua-dua tuntutan melibatkan prosedur berbeza. Hubungi syarikat insurans anda dengan kadar segera dan mengambil tindakan sebagaimana dinasihatkan syarikat insurans. Anda mungkin diminta hantarkan kenderaan anda ke bengkel yang diluluskan syarikat insurans. Pastikan anda menghantar semua dokumen berkenaan untuk menyokong tuntutan anda kepada syarikat insurans secepat mungkin.

MEMBATALKAN POLISI ANDA
  • Anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa dengan memberitahu syarikat insurans anda secara bertulis dengan menyatakan tarikh anda mahu polisi tersebut dibatalkan/dihentikan
  • Anda dinasihatkan agar mendapatkan polisi baru sebelum membatalkan polisi anda supaya anda mempunyai perlindungan yang berterusan.
  • Syarikat insurans secara amnya menawarkan bayaran balik premium berdasarkan usia polisi semasa anda. Jika polisi itu masih baru, bayaran balik yang diterima akan menjadi lebih tinggi.


INSURANS KEMALANGAN DIRI
Lindungi diri anda dan keluarga dengan perlindungan insuran kemalangan diri 24 jam seluruh dunia. Insurans ini membayar gantirugi apabila pemegang polisi mengalami kecederaan, kecacatan fizikal atau luka parah akibat keganasan, aktiviti tidak sengaja luaran dan nyata.

INSURANS ISI RUMAH
Ianya bukan sahaja melindungi rumah tetapi termasuk barang isi rumah anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang boleh berlaku akibat perkara yang tidak diingini.

INSURANS MOTOR
Apabila membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Ianya melindungi kenderaan anda sama ada motorsikal, kereta atau lori daripada risiko seperti kemalangan atau kecurian.

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
IPK merupakan salah satu jenis perlindungan yang paling diperlukan kini. Polisi ini memastikan seseorang pemegang polisi mempunyai akses kepada rawatan perubatan swasta apabila diperlukan tanpa perlu rasa bimbang tentang pembayaran.



GENERAL INSURANCE

1.  GENERAL MOTOR
        Private car
       Commercial vehicle
        Motorcycles

2.  GENERAL NON-MOTOR

Fire
Accident
Aviation
Marine
Engineering
Personal accident & health
Bond
Risk management
Others

    Tiada ulasan:


    Dahulunya dikenali sebagai Elam&Reny Management Services

    Anda pengunjung yang ke :-

    hidden hit counter