Sejarah Syarikat.

Elam &Partner Management & Services merupakan sebuah agensi yang menjalankan perniagaan sebagai perunding dan perkhidmatan di dalam bidang Insurans dan Takaful. Syarikat ini ditubuhkan secara rasmi pada 8 Oktober 2001 dengan modal permulaan RM15000 dan penaung bagi syarikat ini adalah Tuan Haji Mohd Elam bin Mohamed dan rakan-rakan. Syarikat ini beroperasi di alamat No 71-1 Jalan PJ1,Pertam Jaya, Padang Temu ,75050, Melaka Bandaraya Bersejarah. Matlamat syarikat adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkesan kepada sesiapa yang hadir atau yang berminat dan memerlukan bantuan di dalam perunding takaful mahupun insurans. Dengan pengalaman hampir 10 tahun di dalam bidang Insurans, maka ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah kepada pengurus syarikat untuk menangani masalah pelanggan mereka.

Syarikat ini menggunakan perkhidmatan yang berbeza iaitu ia akan sentiasa dekat atau akan berkunjung kepada pelanggannya sama ada di rumah mahupun membuat temujanji di tempat yang lain. Oleh yang demikian, syarikat ini akan sentiasa mengetahui masalah yang sering dihadapi oleh pelanngan atau pesertanya. Oleh itu, wakil dari syarikat ini mencadangkan apakah tindakan yang harus diambil atau dibeli oleh pelanggannya. Dengan pretasi yang dipegang oleh syarikat, kini ia semakin dikenali dan ia pasti akan mengorak langkah dari satu tangga ke satu tangga. Dengan kerajinan dan bantuan dari pekerja mereka yang berdedikasi, maka tidak mustahil syarikat akan terus maju ke hadapan dan akan bersaing dengan wakil yang sedia ada. Oleh kerana itu, istilah bantu-membantu dan ikhlas pasti akan mendatangkan hasilnya pada satu hari nanti.

Syarikat ini bukan sahaja dikenali sebagai agen insurans Takaful malahan sebagai agen insurans AMI. Maka ia adalah salah satu bonus kepada syarikat ini untu maju dan dikenali loeh pelanggan dan wakil-wakil yang lain ingat kerajinan dan kesungguhan akan membuat sesebuah organisasi itu lebih kukuh dan maju. Secara lazimnya, tiada insan di dunia ini terlepas dari menghadapi risiko-risiko dalam kehidupannya. Manusia dan harta benda sentiasa terdedah daripada musibah dan pelbagai bencana alam seperti kebakaran, kecurian, banjir dan kecuaian yang mengakibatkan kerugian, kerosakan serta kenyelapan nilai.

Jenis dan tahap pendedahan terhadap risiko amat berbeza dan sentiasa berubah. Namun begitu ianya boleh menjadi punca kebimbangan serta ketidakpastian di dalam diri manusia. Oleh yang demikian, seseorang itu sentiasa memohon daripada Allah s.w.t di samping berikhtiar sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mengusahakan manfaat yang halal supaya risiko ang dihadapi dapat ditangani secara berkesan. Dengan adanya sistem takaful, ia merupakan satu kaedah yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Secara langsung sistem Takaful merupakan satu ikhtiar membolehkan umat islam secara individu atau berkumpulan untuk saling membantu bagi menghadapi risiko dan kerugian akibat daripada bencana alam. Secara tidak langsung, Takaful memberi peluang kepada semua umat bagi meringankan kerugian dan mengurangkan kos dalam perniagaan. Ia juga mengalakkan penjimatan penabungan dan mewujudkan pengumpulan modal secara meluas dengan jumlah yang besar serta untuk memajukan ekonomi serta kesejahteraan kehidupan umat islam di alam ini.

Firman Allah s.w.t

Justify Full"Bertolong-tolonglah sesama kamu di dalam kebaikan dan jangan bertolong-tolong di dalam kejahatan dan permusuhan".

Sabda Rasullulah s.a.w

"Sesungguhnya lebih baik kamu tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada kamu tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta dan meminta-minta kepada orang ramai".

Tiada ulasan:


Dahulunya dikenali sebagai Elam&Reny Management Services

Anda pengunjung yang ke :-

hidden hit counter